Resepi Sticky Cekodok Bread
Servings Prep Time
6sajian 4.5jam
Cook Time
35minit
Servings Prep Time
6sajian 4.5jam
Cook Time
35minit
Ingredients
Bahan untuk doh
Bahan untuk salut
Bahan untuk glaze
Instructions
  1. Satukan susu suam, air suam, mentega cair, gula dan yis dalam satu mangkuk. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung dan garam ke dalam mixer, gunakan dough hook.
  3. Dengan kelajuan rendah, masukkan campuran susu tadi perlahan-lahan sedikit demi sedikit. Apabila agak sebati, naikkan kelajuan kepada sederhana sehingga doh lembut dan bersinar, lebih kurang 6 ke 7 minit. (Sekiranya doh terlalu lembik berair, boleh tambah 2 sudu besar tepung)
  4. Sediakan satu mangkuk besar, griskan. Keluarkan doh, buatkan bentuk bulat. Masukkan ke dalam mangkuk yang telah digris. Tutup dengan cling wrap dan kain. Rehatkan 1 ke 2 jam.
  5. Sementara itu buatkan bahan untuk salut. Sediakan 2 mangkuk. Masukkan mentega cair ke dalam satu mangkuk. Gabungkan gula perang dan serbuk kayu manis dalam mangkuk lagi satu.
  6. Griskan loyang Bundt dengan 2 sudu besar mentega lembut. Gunakan berus untuk ratakan ke semua bahagian dalam loyang.
  7. Bila doh sudah mengembang,tumbuk2 sedikit untuk mengeluarkan udara. Uli dan roll meleper berbentuk empat segi 8 inci panjang dan lebar.
  8. Potong doh kecil-kecil mengikut kesukaan. Bulatkan setiap potongan doh.
  9. Celup bebola doh ke dalam mentega cair, kemudian salutkan pula dengan campuran gula perang dan serbuk kayu manis. Kemudian susun ke dalam loyang Bundt. Lakukan satu persatu.
  10. Tutup loyang dengan cling wrap dan rehatkan lagi dalam 1 ke 2 jam.
  11. Preheat oven ke 175ÂșC
  12. Buka cling wrap dari loyang dan bakar sehingga keperangan gelap dan terbentuk karamel di bahagian tepi, lebih kurang 30 ke 35 minit.
  13. Biarkan menyejuk di dalam loyang sebentar, lebih kurang 5 minit (lebih dari itu, agak sukar untuk keluarkan roti kerana ia akan melekat pada loyang)
  14. Keluarkan dari loyang dan terbalikkan roti. Biarkan menyejuk lagi lebih kurang 10 minit.
  15. Sementara itu, putarkan gula aising dan susu di dalam mangkuk. Tuang ke atas roti.
Recipe Notes

Tengok ni:  Resepi 5 Minit Puding Roti Romancinta