Panggang kacang hazel di dalam oven pada 200ÂșC lebih kurang 10 ke 15 minit.
Sementara itu, cairkan coklat dengan microwave atau double boiler. Biarkan menyejuk pada suhu bilik.
Balut kacang hazel dengan kain atau kitchen towel, gosok-gosokkan supaya kulitnya dapat dileraikan sebanyak mungkin.
Masukkan kacang hazel ke dalam food processor atau blender dan proses sehingga menjadi pes, lebih kurang 2 ke 3 minit. Jangan lupa untuk mengikis bahagian tepi semasa memproses supaya sebati.
Masukkan coklat cair, serbuk koko, gula, esen vanila dan minyak sayuran.
Proses lagi sehingga teksturnya halus, lebih kurang 2 minit.