Resepi Donat Munchkins Dunkin’ Donuts
Servings Prep Time
40biji 80minit
Cook Time
3minit
Servings Prep Time
40biji 80minit
Cook Time
3minit
Ingredients
Instructions
  1. Panaskan susu di dalam periuk. Masukkan mentega.
  2. Apabila hampir mendidih, masukkan gula. Kacau sebati. Tutup api.
  3. Biarkan menyejuk ke suhu bilik. Masukkan yis. Gaul sebati.
  4. Masukkan telur. Gaul sebati.
  5. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung. Tambah garam dan gaul sebati.
  6. Buatkan ‘telaga’ di tengah-tengah tepung. Tuang bahan basah ke dalam lubang sedikit demi sedikit.
  7. Gaul dengan sudu/senduk hingga membentuk doh.
  8. Alih ke permukaan rata, tabur sedikit tepung dan uli doh hingga lembut.
  9. Masukkan kembali ke dalam mangkuk. Tutup dengan kain bersih dan biarkan 1 jam.
  10. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.
  11. Cubit sedikit doh dan buatkan bulatan-bulatan kecil saiz kegemaran.
  12. Panaskan minyak dan goreng donut dalam 2 ke 3 minit setiap belah, sehingga keperangan.
  13. Angkat dan tos minyak dengan mengalas donut dengan tuala kertas, biar menyejuk sedikit.
  14. Celupkan donut ke dalam mangkuk yang berisi gula halus.
Recipe Notes

 

Tengok ni:  Resepi Biskut Cip Coklat Famous Amos