Telur bersalut ini sangat sedap dimakan panas-panas. Sesuai dijadikan sarapan, atau hidangan tambahan semasa makan tengahari atau makan malam.
Ingredients
- 6 biji telur
- 500 gram daging kisar
- 1 ikat daun bawang (dipotong halus)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 sudu besar mustard
- 1 cubit garam dan serbuk lada hitam
- 1/4 cawan tepung
- 1/4 cawan serbuk roti
Servings: sajian
Instructions
- Didihkan air dalam periuk. Masukkan telur dan masak selama 6 minit.
- Setelah 6 minit, cepat-cepat keluarkan telur dan terus masukkan ke dalam bekas yang berisi air ais.
- Satukan daging, daun bawang, bawang putih, mustard, garam dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.
- Kupas kulit telur. Salutkan dengan tepung.
- Bentukkan campuran daging seperti burger yang nipis. Letakkan telur ditengah dan balut sehingga daging menyelaputi keseluruhan telur. Gaulkan ke dalam tepung.
- Pecahkan 2 biji telur dan pukul sedikit. Gaulkan bebola daging tadi ke dalam telur yang dipukul.
- Akhir sekali gaulkan pula dengan serbuk roti.
- Preheat oven ke 200ºC
- Panaskan minyak. Goreng telur bersalut ini dalam 3 minit sebelah. Apabila kedua-dua belah telah perang keemasan, angkat.
- Bakar selama 5 minit.
Recipe Notes
Share this Recipe