Resepi Prawn Bisque

    0
    567

    Hidangan yang bertekstur lembut, halus dan berkrim ini berasal dari Perancis. Ia dibuat menggunakan stok makanan laut.

    Ianya sedap dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan roti crusty.

    Resepi Prawn Bisque
    Cetak Resepi
    Servings Prep Time
    2 sajian 15 minit
    Cook Time
    90 minit
    Servings Prep Time
    2 sajian 15 minit
    Cook Time
    90 minit
    Resepi Prawn Bisque
    Cetak Resepi
    Servings Prep Time
    2 sajian 15 minit
    Cook Time
    90 minit
    Servings Prep Time
    2 sajian 15 minit
    Cook Time
    90 minit
    Ingredients
    Servings: sajian
    Instructions
    Stok Udang
    1. Cabut kepala, kupas kulit dan tarik kaki dan ekor udang.
    2. Panaskan mentega hingga cair.
    3. Masukkan sisa udang (kepala, kulit, kaki, ekor) tadi. Masak hingga kepala bertukar warna, sambil melenyek-lenyek supaya kandungannya keluar.
    4. Tambah 2 cawan air, tutup periuk dan renehkan 15 minit. Biarkan sejuk.
    5. Masukkan ke dalam blender dan blend sehingga lumat. Tapiskan.
    Prawn Bisque
    1. Cairkan mentega dan masak isi udang sehingga bertukar warna. Asingkan.
    2. Masukkan bawang, celery dan carot, masak dalam 5 ke 8 minit.
    3. Masukkan sos tomato dan gaul.
    4. Masukkan buah tomato, daun bay, stok udang dan separuh isi udang yang dicincang. Renehkan 30 minit.
    5. Keluarkan daun bay, masukkan yang lainnya ke dalam blender dan blend sehingga berkrim.
    6. Tuang kembali ke dalam periuk. Masukkan separuh lagi isi udang dicincang halus (tinggalkan seekor untuk garnish) dan heavy cream.
    7. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Reneh dalam 10 minit.
    8. Garnish dengan seekor isi udang dan daun sup.
    Recipe Notes

     

    Share this Recipe
    Tengok ni:  Resepi Biskut Strawberry Meringue
    Komen Dengan Facebook

    TINGGALKAN KOMEN

    Masukkan komen anda!
    Masukkan nama anda

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.