Teringin nak buat pizza sendiri di rumah, tapi tak ada oven, malas nak menguli, malas nak tunggu doh berehat berjam-jam? Jangan risau, kami ada penyelesaian untuk anda. Skillet Pizza! Ambil masa 15 minit sahaja dari mula membuat doh hingga siap untuk dimakan. Tak percaya? Cuba dulu baru tahu 🙂
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan air suam
- 1/2 sudu besar minyak zaitun
- 3/4 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil yeast
- 1/2 sudu kecil madu
- 1/4 sudu kecil garam
- Masukkan garam, minyak zaitun, tepung, baking powder, yeast dan madu ke dalam non stick skillet atau frying pan.
- Gaulkan kesemua bahan sambil tuang air suam perlahan-lahan sehingga membentuk doh yang melekit-lekit.
- Ratakan doh di dalam frying pan dengan sudip, spatula atau sudu.
- Beruskan sedikit minyak zaitun pada permukaan doh.
- Tambah 4 ke 5 sudu sos pizza atau sos tomato dan ratakan di atas doh.
- Tambahkan pizza toppings kesukaan anda. Sila rujuk cadangan pizza topping di bawah.
- Tutup rapat frying pan dengan penutup. Masak pada api sederhana rendah selama 5 minit.
- Setelah 5 minit, Pusing dan buka sedikit penutup supaya udara panas dapat terlepas dan masak lagi lebih kurang 5 ke 10 minit (bergantung kepada jenis dan saiz frying pan masing-masing)
Cadangan pizza toppings
Hawaiian Chicken: cebisan nenas, cebisan ayam, chilli flakes, parutan Mozzarella cheese
Udang Delight: Isi udang, tomato ceri, hirisan capsicum merah, hirisan cili merah, parutan cheese
Bilis Delight: Ikan bilis goreng, tomato ceri, hirisan capsicum merah, hirisan cili merah, parutan cheese
Margherita: hirisan tomato, oregano, garam, lada hitam, daun basil, parutan Mozzarella cheese
Pepperoni Mushroom: oregano, kepingan pepperoni, hirisan cendawan butang yang telah dimasak, parutan Mozzarella cheese
Chilli Beef: rujuk resepi inti daging ini
Chilli Chiken: rujuk resepi inti daging ini, tetapi gantikan dengan ayam cincang
Chilli Lamb: rujuk resepi inti daging ini, tetapi gantikan dengan lamb cincang
Antara topping2 lain yang boleh ditambah dan mix and match: hirisan buah zaitun, cebisan ayam, cebisan daging, hirisan sausage, hirisan tomato, hirisan capsicum, hirisan bawang, isi udang, isi ketam, chicken ham, hirisan bebola ikan, sos BBQ, sos Thai, sos lada hitam, Cheddar cheese, Mozzarella cheese, Parmesan cheese.