Sebut saja tomyam, ramai yang dah terliur. Tomyam yang paling sedap biasanya berkuah pekat, pedas, kaw dan terasa semua bahannya. Sekali dihirup kuah tomyam, pasti berdesup terangkat!
Tapi, mungkin ramai yang tak tahu cara untuk membuat pes tomyam sendiri, dan menggunakan perencah segera yang dibeli di kedai runcit dan pasaraya. Sebenarnya, tidaklah begitu sukar untuk membuat pes tomyam sendiri di rumah. Malah akan lebih sedap kerana resepinya boleh diubah-ubah mengikut citarasa masing-masing.
Berikut adalah resepi pes tomyam homemade yang kaw!
- 30 tangkai cili kering
- 1 biji bawang besar
- 15 ulas bawang putih
- 25 ulas bawang merah
- 1 batang serai
- 1 cm lengkuas
- 1 cm halia
- 3 sudu besar gula Melaka
- 3 sudu besar sos ikan
- Cili kering digoreng dengan minyak.
- Setelah garing ketepikan dan sejukkan.
- Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, bawang merah, serai ,lengkuas dan halia.
- Masukkan gula melaka, sos ikan dan baki minyak gorengan, teruskan mengisar sehingga halus.
- Tambahkan sedikit air untuk memudahkan mengisar.
- Setelah semuanya sebati, panaskan pes sehingga menjadi pekat.
- Sejukkan dan masukkan dalam bekas simpanan.
Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama sebab pes dibuat tanpa bahan pengawet.
Untuk membuat tomyam tambahkan daun limau purut, serai, air limau nipis/purut, daging, sotong, udang dan lain-lain.