Homemade Nutella ini bukan sahaja bebas dari sebarang bahan kimia, malah rasanya sama, malah, mungkin lebih enak dari yang asli!
Ingredients
- 1 cawan kacang hazel
- 100 gram coklat susu
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1/2 cawan gula aising
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar minyak sayuran
Servings: balang
Instructions
- Panggang kacang hazel di dalam oven pada 200ºC lebih kurang 10 ke 15 minit.
- Sementara itu, cairkan coklat dengan microwave atau double boiler. Biarkan menyejuk pada suhu bilik.
- Balut kacang hazel dengan kain atau kitchen towel, gosok-gosokkan supaya kulitnya dapat dileraikan sebanyak mungkin.
- Masukkan kacang hazel ke dalam food processor atau blender dan proses sehingga menjadi pes, lebih kurang 2 ke 3 minit. Jangan lupa untuk mengikis bahagian tepi semasa memproses supaya sebati.
- Masukkan coklat cair, serbuk koko, gula, esen vanila dan minyak sayuran.
- Proses lagi sehingga teksturnya halus, lebih kurang 2 minit.
- Simpan di dalam balang bertutup.
Recipe Notes
Share this Recipe
Terimakasih resepnya….
Sama sama. Semoga bermanfaat 🙂
kalau tak yah letak kacang hazel boleh tak??
Kacang hazel la bahan utama Nutella. Nak ganti kacang lain boleh, tapi tak rasa Nutella ler hihihi
Terima kasih resepi ini..berapa lama boleh tahan yaa..?
Simpan dalam balang kedap udara bertutup pada suhu bilik, tahan lebih kurang satu ke dua bulan 🙂
Coklat susu tu cam ne ye… Air susu coklat tu ke?? Atau susu tepung perasa coklat… Keliru pulak…hihi
Hehehe bukan susu tapi coklat… coklat kan ada macam-macam jenis, ada white chocolate, ada dark chocolate, ada milk chocolate… yang milk chocolate tu la coklat susu 🙂
buat sendiri dgn beli nutella yg dlm botol mana lg tinggi kos
Buat sendiri lebih jimat rasanya 🙂
Masa campur kacang dgn coklat tu proses dlm blender jugak ye? Ke kacau2 kan aje smp sebati?
Selepas blend kacang hazel 2 ke 3 minit, masukkan pula coklat, serbuk koko, gula, esen vanila dan minyak sayuran ke dalam blender yang sama, lepas tu blend lagi lebih kurang 2 minit sampai teksturnya halus.
maksud kisar kacang hazel sampai jadi pes tu mcmana yer? kisar kacang sahaja selama 2-3 min sampai jadi pes ker? maksudnya mesti kena btl2 halus ker?
Ya betul. Kisar kacang hazel sahaja. Dia akan keluarkan minyak sebab itu akan membentuk pes. Lagi halus lagi bagus.
Ohsem
Thanks
Coklat susu apa yang sesuai ya
Beryl’s pun ok.