Resepi Lemang Air Fryer

    1
    7475

    Dah ramai rakyat Malaysia yang mempunyai air fryer. Ianya popular kerana boleh memasak apa jua makanan tanpa menggunakan minyak sekaligus menjadikan makanan itu lebih sihat untuk dimakan.

    Top 10 Air Fryer Popular Di Malaysia

    Kebiasaannya kita gunakan air fryer untuk memasak makanan ringan seperti nugget, frieschicken wings atau drumettes. Namun, tahu tak ia juga boleh digunakan untuk memasak lemang!

    Sesuai sangatlah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni, tak boleh berada di luar rumah ramai-rami untuk membakar lemang. Bolehlah cuba untuk membuat lemang menggunakan air fryer di dalam rumah!

    Resepi Lemang Air Fryer
    Cetak Resepi
    Servings Prep Time
    6 batang 15 minit
    Cook Time Passive Time
    30 minutes 2 jam
    Servings Prep Time
    6 batang 15 minit
    Cook Time Passive Time
    30 minutes 2 jam
    Resepi Lemang Air Fryer
    Cetak Resepi
    Servings Prep Time
    6 batang 15 minit
    Cook Time Passive Time
    30 minutes 2 jam
    Servings Prep Time
    6 batang 15 minit
    Cook Time Passive Time
    30 minutes 2 jam
    Ingredients
    Servings: batang
    Instructions
    1. Basuh beras pulut bersih dan rendam dalam 1 jam.
    2. Kemudian basuh dan rendam dengan air santan dan garam dalam 30 minit.
    3. Potong tin ikut ketinggian air fryer masing-masing. Masukkan daun pisang.
    4. Tiap tin masukkan anggaran 3 sudu makan pulut. Masukkan juga santan hingga atas skit dari permukaan pulut. Jika nak lembut, tambah lagi santan.
    5. Panaskan Air Fryer dalam 5 minit 160°C
    6. Masukkan dalam AF beras pulut yg dah siap dimasukkan dalam tin.
    7. Guna suhu 160°C untuk 30 minit.
    8. Naikkan suhu ke 180°C dan bakar lagi 15 minit.
    9. Dah siap jangan keluarkan dulu, biar dalam 30 minit dalam air fryer tersebut.
    10. Kemudian bolehlah hidangkan lemang tersebut.
    Recipe Notes

    Masa nak keluarkan dari tin, hentak-hentak manja dulu…lepas tu keluarkan supaya lemang tu padat sikit, tapi jangan kuat sangat.

    Padankan lemang dengan Resepi-resepi Rendang menarik ini!

    Share this Recipe
    Tengok ni:  Resepi Sambal Cencalok
    Komen Dengan Facebook

    1 komen

    TINGGALKAN KOMEN

    Masukkan komen anda!
    Masukkan nama anda

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.