Resepi kek mikro 5 minit Salted Caramel ini menggunakan bahan yang pernah dikongsikan sebelum ini iaitu Salted Caramel homemade dan Sos Karamel homemade.
Ingredients
- 2 sudu besar mentega (lembut pada suhu bilik)
- 1/4 cawan gula pasir
- 1 biji telur
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar sos karamel (resepi Sos Karamel homemade di sini)
- 2 sudu besar susu segar
- 6 sudu besar tepung naik sendiri
- 1/2 sudu kecil garam
- 4 keping salted caramel candy (resepi salted caramel homemade di sini)
Servings: sajian
Instructions
- Masukkan mentega dan gula ke dalam cawan/kole/mug. Kacau sebati.
- Masukkan telur, esen vanila, sos karamel dan susu. Kacau sebati.
- Masukkan tepung dan 1/4 sudu kecil garam. Gaul dan pukul sehingga halus.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Tabur garam selebihnya ke dalam setiap cawan.
- Microwavekan satu persatu cawan lebih kurang 30 saat.
- Letakkan 2 keping salted caramel candy pada setiap cawan.
- Microwavekan satu persatu cawan lebih kurang 1 ke 1.5 minit.
- Cadangan toppings: sos karamel, kacang masin, ais krim, sos coklat.
Recipe Notes
Kuasa microwave berbeza-beza mengikut jenama dan model. Disarankan anda 'cuba dan lihat' dengan memanaskan setiap 10 saat dan periksa, sehingga kek masak, untuk menentukan masa yang bersesuaian dengan microwave anda.
Share this Recipe