Gabungan coklat dan peanut butter memang tiada bandingannya. 5 minit sahaja diperlukan untuk menyediakan kek mikro ini.
Ingredients
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar gula pasir
- 1 1/2 sudu besar serbuk koko
- 1/4 sudu kecil baking powder
- 1 cubit garam
- 3 sudu besar susu segar
- 1 1/2 sudu besar minyak sayuran
- 1 sudu besar peanut butter
Servings: sajian
Instructions
- Masukkan kesemua bahan kering ke dalam cawan/kole/mug. Gaul sebati.
- Masukkan bahan basah dan gaul sebati sehingga halus.
- Microwavekan selama 1 minit 10 saat.
Recipe Notes
Kuasa microwave berbeza-beza mengikut jenama dan model. Disarankan anda 'cuba dan lihat' dengan memanaskan setiap 10 saat dan periksa, sehingga kek masak, untuk menentukan masa yang bersesuaian dengan microwave anda.
Share this Recipe