Resepi Jajan Homemade Penne Pasta

0
848

Siapa sangka boleh buat jajan dengan menggunakan pasta! Dari penne pasta ini, kita boleh olahkan resepi dan menghasilkan jajan menarik dan sedap untuk dijadikan kudapan sambil menonton Netflix atau jamuan ringan apa saja majlis.

Kali ini kita akan olahkan kepada resepi:

  • Penne Pasta Cheese
  • Penne Pasta Snow Nestum
  • Penne Pasta Batang Buruk
  • Penne Pasta Celup Coklat Nestum
  • Penne Pasta Sira Cabai

Antara bahan yang akan kita gunakan:

Kimball Penne Pasta

Dapatkan murah dari:

Serbuk Cheese Halal

Dapatkan murah dari:

Beryl’s Dark Compound

Dapatkan murah dari:

Nestum Original

Dapatkan murah dari:

Bahan asas – Penne Pasta

  1. Rendam pasta selama 45 minit (air paip). Jangan kurang dari 45 minit nanti keras.
  2. Toskan dan gaul dengan sedikit garam.
  3. Goreng

*** minyak kena banyak semasa menggoreng, api jangan terlalu kuat nanti masak mengejut, api slow jer.

Resepi Penne Pasta Cheese

Bahan-bahannya:

  • 4sb Serbuk cheese
  • 2sb gula
  • 1sk garam halus
  • 1sb serbuk cili

Cara penyediaannya:

  1. Blend kesemua bahan
  2. Salutkan kepada pasta yang dah digoreng

Resepi Penne Pasta Celup Coklat

Bahan-bahannya:

  • 100g Beryls Dark Compound
  • Nestum

Cara penyediaannya:

  1. Cairkan coklat double boil.
  2. Celup pasta yang dah digoreng dalam coklat, kemudian Nestum.
  3. Dah siap celup, freeze sekejap dalam 3 minit

*** nak bagi cepat kering coklat tu, susun dalam pinggan dulu sebelum masukkan dalam balang.

Resepi Penne Pasta Batang Buruk

Bahan-bahannya:

  • 6sb serbuk kacang ijau
  • 2sb gula
  • 1/2 sk garam halus
  • 1sb susu tepung

Cara penyediaannya:

  1. Blend kesemua bahan
  2. Salutkan kepada pasta yang dah digoreng

Resepi Penne Pasta Snow Nestum

Bahan-bahannya:

  • 4sb Nestum
  • 2sb susu tepung
  • 1/2sk garam
  • 2sb gula
Tengok ni:  Resepi Tart Nenas Taiwan

Cara penyediaannya:

  1. Blend kesemua bahan
  2. Salutkan kepada pasta yang dah digoreng

Resepi Penne Pasta Sira Cabai

Bahan-bahannya:

  • bawang putih dan bawang merah ditumbuk, agak sendiri berapa ulas
  • 4 senduk kecil cili kisar yang dicampur dengan air asam jawa masa blend
  • 2sb gula, garam, serbuk cukup rasa, 2 gelas air
  • daun kari & bijan putih

Cara penyediaannya:

  1. Tumis bawang dan daun kari bagi naik bau wangi dan garing
  2. Masukkan cili kisar, air, garam, gula, serbuk cukup rasa
  3. Tumis sampai kering dan pekat
  4. Masukkan pasta dan bijan putih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Komen Dengan Facebook

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.