Viral di internet, Hokkaido Ice Cream Puff ni sangat sedap. Kini anda boleh buat sendiri di rumah. Jangan kata kami tak payung!
Ingredients
Bahan untuk Puff
- 120 g mentega (unsalted)
- 1 cawan air
- 1/2 sudu kecil garam
- 150 g tepung gandum (diayak)
- 4 biji telur
Bahan Untuk Topping dan Filling Puff
- 60 g mentega (unsalted - dilembutkan suhu bilik)
- 70 g gula perang
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 kotak ais krim
Servings: biji
Instructions
Cara membuat doh Puff
- Masukkan mentega, garam dan air ke dalam periuk. Dengan air sederhana, cairkan mentega sambil selalu mengacau.
- Apabila mula menggelegak, alihkan periuk dari api dan segera masukkan tepung. Kacau kaup dengan senduk kayu sehingga sebati.
- Letak semula di atas api dan kacau sehingga doh membentuk bebola lembut. Tutup api dan sejukkan sebentar dalam 5 minit.
- Masukkan telur satu persatu. Masukkan telur pertama, kacau sebati. Kemudian telur kedua, kacau sebati hingga seterusnya.
Cara membuat topping Puff
- Masukkan mentega dan gula perang ke dalam mangkuk, kaup2kan sehingga sebati.
- Masukkan tepung dan kaup2kan sebati. (Sekiranya anda mahukan warna berbeza-beza, gunakan pewarna masakan)
- Alihkan ke permukaan rata. Uli lenyekkan beberapa kali. Buatkan bentuk bebola.
- Alaskan plastic wrap di atas bebola dan leperkan nipis. Balut dengan plastic wrap dan sejukkan ke dalam peti sejuk.
Cara membuat Puff dengan Topping
- Preheat oven ke 200ºC.
- Masukkan doh puff ke dalam piping bag dan pipe kan ke atas dulang yang di alas dengan parchment paper.
- Keluarkan doh topping dari peti sejuk, tekap dengan mengunakan acuan bulat.
- Letakkan kepingan bulat topping ke atas doh puff yang telah di pipe tadi.
- Bakar selama 20 minit, kemudian sejukkan di rak penyejuk.
- Potong 3/4 bahagian Puff dengan pisau di bahagian tengah, dan scoop kan ais krim ke dalam bukaan puff.
Recipe Notes
Share this Recipe