Biskut Oreo homemade ini bukan sahaja rasa macam yang original, tetapi lebih baik tanpa segala macam bahan kimia.
Ingredients
Bahan untuk biskut
- 1 cawan mentega (lembut pada suhu bilik)
- 1 cawan gula pasir
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil garam
Bahan untuk krim
- 1/2 cawan mentega (lembut pada suhu bilik)
- 2 sudu besar heavy cream (boleh juga guna susu segar)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 cubit garam
- 3 cawan gula halus (boleh juga guna gula aising)
Servings: biji
Instructions
Cara membuat biskut
- Pukul mentega dan gula di dalam mixer sehingga kembang, kelajuan sederhana.
- Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sebati.
- Satukan tepung, serbuk koko, baking powder dan garam dalam mangkuk. Gaul sebati.
- Perlahan-lahan masukkan bahan kering ke dalam adunan, kelajuan paling rendah, sehingga sebati.
- Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Balut dengan plastik dan sejukkan 1 jam di dalam peti sejuk.
- Preheat oven ke 175ºC.
- Giling doh meleper 1/4 ke 1/8 inci tebal.
- Gunakan acuan bulat bersaiz diameter 2 inci, tekap doh dan susun ke atas dulang beralas parchment paper.
- Bakar selama 12 minit. Alihkan ke rak menyejuk.
Cara membuat krim
- Pukul mentega, heavy cream, esen vanila dan garam hingga sebati.
- Perlahan-lahan masukkan gula, 1/2 cawan sekali tuang. Pukul sebati lebih kurang 5 minit.
- Masukkan krim ke dalam piping bag.
- Picit krim ke atas satu biskut dan tekapkan satu lagi biskut di atas seperti membuat sandwich.
Recipe Notes
Share this Recipe
Selalunya biskut ni tahan berapa lama ye?
Simpan dalam bekas kedap udara antara 2 minggu ke sebulan sebaik-baiknya.
Resepi yang menarik..lps ni xyah beli oreo g, buat sendiri je utk anak2..
Thanks for the recipe..
ya betul 🙂