Resepi biskut ini diadaptasi dari Baklava, pemanis mulut popular yang berasal dari Turki.
Ingredients
- 15 biji kulit filo pastry (kalau takder, boleh guna kulit pastry biasa, puff pastry atau kulit pai dari resepi Nutella Twist ini)
- 1 cawan kekacang campuran (pistachio, walnut, badam, pecan - ditumbuk kasar)
- 1 sudu besar mentega (dicairkan)
- 1/4 cawan madu
- 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
- 1 cubit garam
Servings: biji
Instructions
- Preheat oven ke 175ºC.
- Susun cawan filo pastry di atas dulang beralas parchment paper. Kalau menggunakan pastry biasa, puff pastry atau kulit pai, potong bulat dan masukkan ke dalam tray muffin/cupcake bersaiz kecil yang digris.
- Dalam mangkuk, satukan kekacang yang ditumbuk kasar, mentega cair, madu, kayu manis dan garam. Gaul sebati.
- Sudukan ke dalam cawan pastry.
- Bakar lebih kurang 10 minit sehingga kekacang berbau wangi, jangan sampai terlebih bakar.
Recipe Notes
Filo pastry boleh didapati dari kedai-kedai arab. Kalau takder kulit filo pastry, boleh guna kulit pastry biasa, puff pastry atau kulit pai dari resepi Nutella Twist ini
Share this Recipe
berapa lama ya baklava ni akan bertahan selepas dibakar dan disimpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik?
lebih kurang 2 ke 3 minggu, mungkin lebih dari itu kerana madu tahan agak lama 🙂
Assalam
Mana nak beli kulit filo
Kedai2 Arab. Sesetengah pasaraya ada jual rasanya.