Kek ni merupakan kek yang paling asas dan sungguh mudah dibuat. Boleh dimakan begitu sahaja, atau jika anda suka, boleh dimasukkan apa sahaja seperti cip coklat, kekacang, candy, buah-buahan dan sebagainya. Cadangan topping yang paling mudah adalah krim putar dan sos karamel!
Ingredients
- 2 sudu besar mentega
- 1 biji telur
- 2 sudu besar susu segar
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1/4 cawan gula pasir
- 6 sudu besar tepung naik sendiri
- 1 cubit garam
Servings: sajian
Instructions
- Cairkan mentega di dalam microwave lebih kurang 20 ke 30 saat.
- Masukkan telur. Kacau.
- Masukkan susu segar, esen vanila, gula dan tepung naik sendiri. Kacau sebati.
- Tuangkan ke dalam mangkuk atau kole (mug) separuh penuh.
- Microwavekan lebih kurang 1.5 ke 2 minit.
- Hiaskan dengan krim putar dan sos karamel.
Recipe Notes
Boleh dimakan begitu sahaja, atau jika anda suka, boleh dimasukkan apa sahaja seperti cip coklat, kekacang, candy, buah-buahan dan sebagainya. Cadangan topping lain: fros coklat, fros vanila, sprinkle pelangi, kristal gula.
Share this Recipe
bravo….love the recipe….its simple and suitable for a craving time
Thank you 🙂