Resepi Roti Bun Cinnabon
Servings Prep Time
12biji 80minit
Cook Time
20minit
Servings Prep Time
12biji 80minit
Cook Time
20minit
Ingredients
Bahan untuk Doh Roti
Bahan untuk Inti
Bahan untuk Aising
Instructions
  1. Larutkan yis ke dalam susu suam di dalam mangkuk.
  2. Masukkan majerin, gula, garam, telur dan tepung ke dalam mixer. Gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan bahan susu/yis ke dalam mixer. Guna dough hook dan uli sehingga membentuk doh. (Kalau nak uli dengan tangan pun boleh)
  4. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang digris dengan minyak. Tutup dengan kain bersih dan biarkan mengembang dalam 1 jam.
  5. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.
  6. Giling dan leperkan doh 1/4 inci tebal, keluasan lebih kurang 16″ x 12″.
  7. Satukan bahan-bahan inti, lapiskan rata ke atas doh.
  8. Gulung doh dengan berhati-hati. Potong bun menjadi 1 1/2 inci. Potong dengan tali tangsi, tali floss atau pisau suam untuk mendapat potongan yang cantik.
  9. Susun bun dalam dulang. Tutup dengan kain lembap bersih. Biarkan mengembang lebih kurang 30 minit.
  10. Preheat oven ke 175ÂșC.
  11. Bakar dalam 20 minit sehingga keperangan.
  12. Sementara membakar, buatkan aising dengan menggabungkan kesemua bahan aising. Putar sebati dengan menggunakan mixer sehingga berkrim.
  13. Sapu aising ke atas bun yang telah siap masak.
Recipe Notes

Tengok ni:  Resepi Kuih Keria Gula Melaka Antarabangsa