Resepi Pau Cendawan
Servings Prep Time
10biji 20minit
Cook Time
15minit
Servings Prep Time
10biji 20minit
Cook Time
15minit
Ingredients
Bahan Doh
Bahan Kulit Cendawan
Bahan Inti
Instructions
  1. Masukkan kesemua bahan doh, kecuali shortening. Gaul sebentar.
  2. Masukkan shortening. Gaul dan uli sehingga membentuk doh lembut.
  3. Rehatkan 10 minit.
  4. Sementara itu buatkan intinya.
  5. Panaskan mentega dan minyak. Tumiskan bawang hingga naik bau.
  6. Masukkan cendawan. Masak sehingga agak layu.
  7. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  8. Tabur tepung dan kacau sebati.
  9. Tambahkan stok ayam, didihkan sambil selalu kacau, sehingga pekat.
  10. Masukkan cebisan ayam. Kacau sebati. Ketepikan.
  11. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Tinggalkan sedikit untuk membuat ‘tangkai’ cendawan.
  12. Bulatkan doh dan intikan. Gentel lebihan doh berbentuk batang cendawan.
  13. Bancuhkan bahan kulit cendawan. Tambah air jika perlu sehingga kelikatannya seperti chocolate ganache.
  14. Sapukan pada permukaan doh dengan berus.
  15. Rehatkan doh lebih kurang 40 minit atau sehingga permukaan mulai kelihatan retak.
  16. Kukus doh dan batang dengan api yang besar selama 10 minit.
  17. Sejukkan seketika. Buatkan lubang pada bahagian bawah pau.
  18. Celupkan batang ke dalam lebihan bahan kulit dan tekan ke dalam lubang tadi.
  19. Kukus semula selama lebih kurang 2 ke 3 minit.
Recipe Notes

Tengok ni:  Resepi Rendang Ayam Mak Kau Hijau