Resepi Churros
Servings Prep Time
15keping 15minit
Cook Time
30minit
Servings Prep Time
15keping 15minit
Cook Time
30minit
Ingredients
Bahan untuk churros
Bahan untuk salut
Bahan untuk hot chocolate
Instructions
Cara membuat Churros
  1. Dalam periuk, panaskan air, gula perang, garam dan mentega dengan api sederhana. Panaskan sehingga mentega mencair dan mula mereneh.
  2. Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati. Perlahankan api dan kacau dan gaul sehingga membentuk bebola doh lembut, lebih kurang 5 minit. Pastikan sehingga doh tidak melekat pada periuk. Tutup api.
  3. Dalam bekas berasingan, pukul telur dan esen vanila.
  4. Masukkan ke dalam bekas berisi doh sedikit demi sedikit. Kacau dan lenyek sebati, sehingga menjadi tekstur seperti kentang putar (mashed potato)
  5. Masukkan doh ke dalam piping bag dengan nozzle bintang.
  6. Preheat oven ke 200ÂșC
  7. Sediakan 2 baking tray bertindih (untuk mengelakkan bahagian bawah churros dari menghitam) dan alas dengan parchment paper.
  8. Pipekan lebih kurang 4 ke 5 inci dan jarakkan 2 inci antara satu sama lain.
  9. Renjis dan percikkan sedikit air ke atas parchment paper di antara churros-churros. (Langkah ini tidak wajib)
  10. Bakar lebih kurang 18 ke 22 minit sehingga perang keemasan. Matikan oven. Biarkan 10 minit sebelum dikeluarkan.
  11. Sementara itu, satukan gula, serbuk kayu manis dan garam ke dalam ziplock bag dan goncang agar sebati.
  12. Masukkan churros yang masih panas, satu per satu ke dalam ziplock bag dan salut dengan campuran gula kayu manis agar sekata.
Cara membuat Hot Chocolate
  1. Panaskan susu sehingga mereneh.
  2. Masukkan coklat dan masak sehingga mencair.
  3. Masukkan pes tepung jagung dan kacau sebati sehingga mula menggelegak. Perlahankan api dan masak lagi lebih kurang 2 minit, hingga memekat.
  4. Matikan api dan masukkan esen vanila. Kacau sebati.
Recipe Notes

Tengok ni:  Resepi Biskut Makmur