Resepi Ayam Peri Peri Nandos
Servings Prep Time
4sajian 15minit
Cook Time
50minit
Servings Prep Time
4sajian 15minit
Cook Time
50minit
Ingredients
Instructions
  1. Ayam dikembang kupu-kupu. Ketepikan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali ayam) ke dalam blender dan proses sehingga sebati. Sos ini akan digunakan untuk memerap ayam. Ia juga boleh dimasak dengan sedikit air sehingga agak pekat dan digunakan untuk mencicah semasa menikmatai ayam nanti. Boleh juga dibuat kuantiti yang lebih besar dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaik-baiknya sos ini dibuat awal sehari sebelum digunakan untuk memerap kerana rasanya akan lebih sedap lagi.
  3. Langkah ini boleh diabaikan tetapi kalau buat akan bertambah sedap, moist dan lembut ayamnya. Masukkan 2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 1/2 cawan cuka, jus sebiji lemon, sesikit daun ketumbar dan sedikit daun pasli ke dalam bekas yang muat seekor ayam. Masukkan air sejuk. Kacau sebati. Masukkan ayam, biarkan tenggelam. Tutup dan sejukkan 1 ke 4 jam. Selepas itu keluarkan, bilaskan dengan air dan bolehlah diperap dengan bahap perapan.
  4. Lumurkan sos perapan ke seluruh permukaan ayam, juga di celahan-celahan. Tutup dan sejukkan semalaman.
  5. Preheat oven ke 170ºC
  6. Masukkan ayam ke dulang yang telah digris. Bakar selama 20 minit. Terbalikkan ayam pada minit ke 10.
  7. Setelah 20 minit, kurangkan suhu ke 120ºC. Terbalikkan ayam, sapu sedikit sos pada ayam dan bakar lagi lebih kurang 15 ke 20 minit. Sapukan sos sekali lagi pada minit ke 10.
  8. Untuk mendapatkan efek BBQ, gunakan fungsi broil pada oven dan bakar lebih kurang 5 minit untuk setiap belah. Sekiranya tiada fungsi broil, alihkan ayam ke rak paling atas, gunakan api atas sahaja, setkan suhu ke 200ºC dan bakar 5 minit untuk setiap belah. Perhatikan supaya tidak sangat hitam.
Recipe Notes

Sebelum memerap bolehlah lakukan proses ini untuk membuatkan ayam bertambah sedap, moist dan lembut. Masukkan 2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 1/2 cawan cuka, jus sebiji lemon, sesikit daun ketumbar dan sedikit daun pasli ke dalam bekas yang muat seekor ayam. Masukkan air sejuk. Kacau sebati. Masukkan ayam, biarkan tenggelam. Tutup dan sejukkan 1 ke 4 jam. Selepas itu keluarkan, bilaskan dengan air dan bolehlah diperap dengan bahap perapan.

Untuk membuat sos hidangan dan mencicah dengan ayam, tambahkan 1/2 cawan air kepada lebihan sos dan renehkan sehingga agak memekat.

Tengok ni:  Resepi Salted Caramel