Resepi 3 Bahan Dark Chocolate Mousse
Servings Prep Time
4sajian 5minit
Servings Prep Time
4sajian 5minit
Ingredients
Instructions
  1. Sediakan mangkuk yang disejukkan terlebih dahulu.
  2. Masukkan whipping cream ke dalam mangkuk dan putarkan.
  3. Putarkan sehingga krim sedikit kembang dan berbuih.
  4. Masukkan serbuk koko dan gula.
  5. Putar kembali sehingga membentuk soft peak.
  6. Berhati-hati jangan terlebih putar, nanti jadi chocolate butter! Pilihan: Sekiranya anda peminat Amaretto, boleh tambah Ekstrak Almond ketika ini (langkah ini tidak wajib)
  7. Kaupkan beberapa kali di bahagian tepi mangkuk agar semua bahan sebati.
  8. Masukkan mousse ke dalam piping bag. Kalau nak cantik guna acuan.
  9. Paipkan ke dalam mangkuk atau gelas.
  10. Hias dengan coklat kisses jika mahu.
Recipe Notes

Mangkuk yang disejukkan dapat memudahkan whipping cream menjadi soft peak.

Ayak serbuk koko bagi mengelakkan ada yang kasar di dalam mousse.

Masukkan 1/4 cawan gula terlebih dahulu. Sekiranya anda suka yang lebih manis, boleh tambahkan 1/4 cawan lagi.

Tengok ni:  Resepi Biskut Bar Chocolate Peanut Butter