Resepi Stok Ayam Homemade Bebas MSG

    0
    0
    Stok Ayam Homemade

    Selain dijadikan bahan penyedap masakan dan bahan perisa, stok ayam juga menjimatkan masa memasak. Hanya satu kiub sahaja mampu menambah aroma masakan dan menjadikan ia lebih lazat.

    Namun, kebanyakan kiub pati ayam yang dijual mengandungi MSG yang kurang baik untuk kesihatan. Sebagai alternatif, anda boleh membuat sendiri pati ayam di rumah dengan bahan segar dan asli.

    Bahan utama untuk membuat stok pati ayam adalah tulang-tulang ayam. Sekiranya ada membeli lauk ayam, nasi ayam, ayam KFC dan sebagainya, setelah dimakan, tulang-tulangnya jangan terus dibuang. Kumpulkan di dalam plastik ziplock dan simpan di dalam freezer, kumpul sehingga plastik penuh. Sebaliknya, jika ke pasar malam dan terjumpa rangka ayam, boleh terus gunakan keseluruhan rangka ayam ini sebagai bahan utama.

    Stok Ayam Homemade

    Stok Ayam Homemade
    Resepi Stok Ayam Homemade Bebas MSG
    Cetak Resepi
      Prep Time
      5 minit
      Cook Time
      1 jam
      Prep Time
      5 minit
      Cook Time
      1 jam
      Stok Ayam Homemade
      Resepi Stok Ayam Homemade Bebas MSG
      Cetak Resepi
        Prep Time
        5 minit
        Cook Time
        1 jam
        Prep Time
        5 minit
        Cook Time
        1 jam
        Ingredients
        Servings:
        Instructions
        1. Masukkan tulang-tulang ayam ke dalam pressure cooker.
        2. Tambahkan air sehingga paras cukup keseluruhan tulang ditenggelami air.
        3. Masukkan daun bawang dan halia. Sekiranya mahu, boleh tambah lain-lain rempah ratus seperti bunga lawang, pelaga, cengkih, kayu manis dan sebagainya, tidak wajib.
        4. Masak selama 1 jam. Setelah selesai, jangan lepaskan pressure, biarkan ia dilepaskan perlahan2 dengan sendirinya.
        5. Setelah pressure selesai dikeluarkan, buka penutup.
        6. Tapiskan ke dalam periuk.
        7. Untuk mendapatkan stok yang lebih pekat, masak dengan api tinggi sehingga stok berkurangan menjadi separuh.
          Stok Ayam Homemade
        8. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam bekas kiub ais. Bekukan.
          Stok Ayam Homemade
        Recipe Notes

        Kiub pati stok ayam ini boleh bertahan sehingga 3 bulan di dalam freezer.

        Share this Recipe
        Tengok ni:  Biskut Orange Cranberry Marks & Spencer

        TINGGALKAN KOMEN

        Masukkan komen anda!
        Masukkan nama anda