Sos karamel sering dijadikan toppings untuk kek, fudge, ais krim dan pelbagai juadah lain. Kini, tak perlu beli lagi, boleh buat sendiri.
Ingredients
- 4 sudu besar mentega
- 1 cawan gula perang
- 1/2 cawan heavy cream
- 1 sudu besar esen vanila
Servings: balang
Instructions
- Satukan cream, gula dan mentega ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana. (Untuk menjadikan resepi ini sebagai sos salted caramel, tambahkan 1/2 sudu kecil garam). Kacau sebati sehingga mendidih.
- Perlahankan api dan renehkan selama 6 minit. Kacau sekali sekala.
- Dengan berhati-hati masukkan esen vanila. Adunan akan menggelegak dan menggelembung!
- Kacau dan masak 1 minit lagi. Tutup api.
- Tuangkan ke dalam balang kaca. Biarkan menyejuk.
Recipe Notes
Untuk menjadikan resepi ini sebagai sos salted caramel, tambahkan 1/2 sudu kecil garam di langkah pertama.
Senang je rupanya nak buat sos karamel ni..
yer, tak susah manapun 🙂
Nak cuba, tapi nak tahu heavy cream tu apa!!
Heavy cream adalah krim yang orang guna untuk memasak tu, nama lain cooking cream, double cream, whipping cream. Biasa jual dalam kotak, macam susu tapi pekat. Cuma jangan tersalah faham dengan whipped cream yang orang guna sebagai topping ice blended sudah ler hihihi. Boleh rujuk gambar di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.208844189322543.1073741828.208839232656372&type=3
Nak tanya kalau heavy cream nk tukar pada whipping cream pon boleyh lah ?
Boleh, cuma jangan tersalah faham dengan whipped cream yang orang guna sebagai topping ice blended sudah ler hihihi.
Heavy cream tu mcm mana.kat mana boleh cari..
Heavy cream adalah krim yang orang guna untuk memasak tu, nama lain cooking cream, double cream, whipping cream. Biasa jual dalam kotak, macam susu tapi pekat. Cuma jangan tersalah faham dengan whipped cream yang orang guna sebagai topping ice blended sudah ler hihihi. Boleh rujuk gambar di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.208844189322543.1073741828.208839232656372&type=3
Kalau heavy cream tukar kepada susu segar rendah lemak boleh ?
Tak cukup. Kalau nak tak ada heavy cream, penggantinya adalah gabungan susu + mentega. 1 cawan heavy cream boleh digantikan dengan gabungan 3/4 cawan susu dan 1/4 cawan mentega cair yang dikacau sebati.
mcm mne cra menyimpan sos karamel?
paling mudah simpan dalam mason jar atau balang bertutup.
Dh masuk dlm balang kaca. Apakah perlu disimpan dlam peti sejuk?
Ya, boleh disimpan dalam peti sejuk untuk bertahan lebih lama.
heavy cream tu boleh ganti dgn cooking cream tak? Ke sama je dua2 tu?
ya sama 🙂
Sos karamel ni tak jadi keras ke?
Lama2 ya, sebab ini tanpa pengawet tanpa bahan kimia. Boleh lembutkan atau cairkan dengan microwave.
Apa beza gula caramel dgn sos caramel?
Blh x sos caremal d gantikan dgn gula caremal bl nk masak popcorn caremal?
Gula karamel tu yang orang nak buat kek sarang semut tu kan, gula pasir dengan air jer. Tak sesuai untuk popcorn karamel.
Boleh buat topping untuk brownies ?
Boleh 🙂