Resepi Roti Bun Cinnabon

    2
    699

    Saper yang tak suka roti bun Cinnabon memang tak tau ler nak cakap apa.

    Tapi kan, sebiji Cinnabon dijual kat outlet harga dalam RM6. Peergh!

    Jom buat sendiri di rumah, boleh dapat 12 bijik lagi untung 🙂

    Resepi Roti Bun Cinnabon
    Cetak Resepi
      Servings Prep Time
      12 biji 80 minit
      Cook Time
      20 minit
      Servings Prep Time
      12 biji 80 minit
      Cook Time
      20 minit
      Resepi Roti Bun Cinnabon
      Cetak Resepi
        Servings Prep Time
        12 biji 80 minit
        Cook Time
        20 minit
        Servings Prep Time
        12 biji 80 minit
        Cook Time
        20 minit
        Ingredients
        Bahan untuk Doh Roti
        Bahan untuk Inti
        Bahan untuk Aising
        Servings: biji
        Instructions
        1. Larutkan yis ke dalam susu suam di dalam mangkuk.
        2. Masukkan majerin, gula, garam, telur dan tepung ke dalam mixer. Gaul perlahan hingga sebati.
        3. Masukkan bahan susu/yis ke dalam mixer. Guna dough hook dan uli sehingga membentuk doh. (Kalau nak uli dengan tangan pun boleh)
        4. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang digris dengan minyak. Tutup dengan kain bersih dan biarkan mengembang dalam 1 jam.
        5. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.
        6. Giling dan leperkan doh 1/4 inci tebal, keluasan lebih kurang 16" x 12".
        7. Satukan bahan-bahan inti, lapiskan rata ke atas doh.
        8. Gulung doh dengan berhati-hati. Potong bun menjadi 1 1/2 inci. Potong dengan tali tangsi, tali floss atau pisau suam untuk mendapat potongan yang cantik.
        9. Susun bun dalam dulang. Tutup dengan kain lembap bersih. Biarkan mengembang lebih kurang 30 minit.
        10. Preheat oven ke 175ºC.
        11. Bakar dalam 20 minit sehingga keperangan.
        12. Sementara membakar, buatkan aising dengan menggabungkan kesemua bahan aising. Putar sebati dengan menggunakan mixer sehingga berkrim.
        13. Sapu aising ke atas bun yang telah siap masak.
        Recipe Notes

        Share this Recipe
        Tengok ni:  Resepi Bruschetta Udang Garlic Butter Bercili bersama Asparagus dan Avocado Lime Spread
        Komen Dengan Facebook

        2 KOMEN

        TINGGALKAN KOMEN

        Masukkan komen anda!
        Masukkan nama anda

        This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.