Resepi Kek Chocolate Cheese Lava Berhantu

    0
    13232

    Kek yang menjadi sebutan dan kegilaan ramai, Kek Chocolate Cheese Lava Berhantu. Tak pasti siapa pelopornya, namun kini anda boleh buat sendiri di rumah.

    Kredit resepi: Chef Asma
    Kredit gambar: Masam Manis

    Resepi Kek Chocolate Cheese Lava Berhantu
    Cetak Resepi
      Servings Prep Time
      3 bekas 20 minit
      Cook Time
      55 minit
      Servings Prep Time
      3 bekas 20 minit
      Cook Time
      55 minit
      Resepi Kek Chocolate Cheese Lava Berhantu
      Cetak Resepi
        Servings Prep Time
        3 bekas 20 minit
        Cook Time
        55 minit
        Servings Prep Time
        3 bekas 20 minit
        Cook Time
        55 minit
        Ingredients
        Bahan untuk Kek Coklat Moist
        Bahan Cream Cheese
        Bahan untuk Coklat Leleh
        Servings: bekas
        Instructions
        Cara membuat Kek Coklat Moist
        1. Satukan whipping cream, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.
        2. Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap sahaja.
        3. Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah diayak. Masak sebentar sambil dikacau rata dengan api yang sangat perlahan. Sekejap sahaja. Tutup api.
        4. Preheat oven ke 170ºC.
        5. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna.
        Cara membuat Cream Cheese
        1. Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati.
        2. Masukkan whipping cream dan putar hingga kental. (Pastikan jangan terlebih pukul kerana whipping cream akan mencair jika terlebih pukul)
        Cara membuat Coklat Leleh
        1. Satukan coklat, mentega dan Nutella dalam mangkuk.
        2. Masukkan whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
        3. Angkat dan tuangkan dalam mangkuk berisi coklat, mentega dan Nutella tadi. Biarkan coklat mencair.
        4. Tambahkan esen vanilla dan gaul rata. Biarkan sejuk.
        Cara membuat Kek Berhantu
        1. Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya. Potong kek kepada 2 kepingan (jika nak buat cheese di tengah)
        2. Ambil sedikit cheese (dalam 2 sudu besar) dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.
        3. Kek yang telah dipotong diletakkan cheese. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese.Ratakan cheese di bahagian atas sekali.
        4. Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit.
        5. Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh.
        6. Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi. Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair.
        7. Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit. Sedia dinikmati 🙂
        Recipe Notes


        Sekiranya anda hendak mengukus kek coklat moist, gunakan susu cair atau susu segar menggantikan whipping cream. Selepas adunan dimasak, susun bekas aluminum ke dalam periuk kukus, tuangkan adunan 1/2 daripada bekas. Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30-45 minit atau sehingga masak.

        Share this Recipe
        Tengok ni:  Resepi Puding Mentega Kacang Coklat Chia
        Komen Dengan Facebook

        TINGGALKAN KOMEN

        Masukkan komen anda!
        Masukkan nama anda

        This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.