Resepi Ikan Cencaru Masak Lemak Cili Api

    0
    13017

    Masak lemak cili padi sinonim dengan Negeri Sembilan.

    Cara orang Nismilan masak lemak pedas cili padi terasa pedasnya, terasa asam garamnya dan kuahnya agak pekat.

    Bila kuah digaulkan bersama nasi, kuahnya melekat pada nasi. Lagi satu, santannya sentiasa dikacau perlahan supaya tidak pecah minyak.

    Masak lemak cili api ikan cencaru yang pekat dan pedas ini ditambah pula dengan rasa masam asam keping pasti membangkitkan selera.

    Resepi Ikan Cencaru Masak Lemak Pedas
    Cetak Resepi
      Servings Prep Time
      4 sajian 10 minit
      Cook Time
      30 minit
      Servings Prep Time
      4 sajian 10 minit
      Cook Time
      30 minit
      Resepi Ikan Cencaru Masak Lemak Pedas
      Cetak Resepi
        Servings Prep Time
        4 sajian 10 minit
        Cook Time
        30 minit
        Servings Prep Time
        4 sajian 10 minit
        Cook Time
        30 minit
        Ingredients
        Servings: sajian
        Instructions
        1. Ikan cencaru disiang, basuh bersih dan toskan airnya.
        2. Tumbuk lumat kunyit hidup dengan cili api. Ketepikan.
        3. Masukan ikan ke dalam periuk. Masukkan bahan tumbuk, sedikit garam serta asam keping.
        4. Gaul rata kesemua bahan. Biar ikan mesra bersama semua bahan.
        5. Masukkan pula santan. Kacau perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur.
        6. Masukkan juga cili merah tadi. Masak di atas api yang sederhana.
        7. Gulai hendaklah dikacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
        8. Biarkan gulai mendidih perlahan-lahan.
        9. Jika perlu tambahkan sedikit garam lagi.
        10. Biarkan kuah memekat sendiri. Bila kuah dah memekat, tutup api dan bolehlah dihidangkan.
        Recipe Notes

        Tengok ni:  Resepi Pekasam Daging Jeruk
        Komen Dengan Facebook

        TINGGALKAN KOMEN

        Masukkan komen anda!
        Masukkan nama anda

        This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.