Resepi Churros

    10
    4346

    Churros ni berasal dari Portugal. Sangat popular di Sepanyol, Perancis, Filipina dan Eropah secara umumnya. Kini di Malaysia juga ramai yang dah terkena dengan penangan Churros.

    Kebiasaannya churros ni digoreng. Namun tidak ramai yang mengetahui, ianya lebih sedap sekiranya dibakar, tanpa minyak! Ianya juga enak dimakan apabila dicelup dengan hot chocolate!

    Jom belajar cara membuat churros di rumah ๐Ÿ™‚

    Resepi Churros
    Cetak Resepi
      Servings Prep Time
      15 keping 15 minit
      Cook Time
      30 minit
      Servings Prep Time
      15 keping 15 minit
      Cook Time
      30 minit
      Resepi Churros
      Cetak Resepi
        Servings Prep Time
        15 keping 15 minit
        Cook Time
        30 minit
        Servings Prep Time
        15 keping 15 minit
        Cook Time
        30 minit
        Ingredients
        Bahan untuk churros
        Bahan untuk salut
        Bahan untuk hot chocolate
        Servings: keping
        Instructions
        Cara membuat Churros
        1. Dalam periuk, panaskan air, gula perang, garam dan mentega dengan api sederhana. Panaskan sehingga mentega mencair dan mula mereneh.
        2. Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati. Perlahankan api dan kacau dan gaul sehingga membentuk bebola doh lembut, lebih kurang 5 minit. Pastikan sehingga doh tidak melekat pada periuk. Tutup api.
        3. Dalam bekas berasingan, pukul telur dan esen vanila.
        4. Masukkan ke dalam bekas berisi doh sedikit demi sedikit. Kacau dan lenyek sebati, sehingga menjadi tekstur seperti kentang putar (mashed potato)
        5. Masukkan doh ke dalam piping bag dengan nozzle bintang.
        6. Preheat oven ke 200ยบC
        7. Sediakan 2 baking tray bertindih (untuk mengelakkan bahagian bawah churros dari menghitam) dan alas dengan parchment paper.
        8. Pipekan lebih kurang 4 ke 5 inci dan jarakkan 2 inci antara satu sama lain.
        9. Renjis dan percikkan sedikit air ke atas parchment paper di antara churros-churros. (Langkah ini tidak wajib)
        10. Bakar lebih kurang 18 ke 22 minit sehingga perang keemasan. Matikan oven. Biarkan 10 minit sebelum dikeluarkan.
        11. Sementara itu, satukan gula, serbuk kayu manis dan garam ke dalam ziplock bag dan goncang agar sebati.
        12. Masukkan churros yang masih panas, satu per satu ke dalam ziplock bag dan salut dengan campuran gula kayu manis agar sekata.
        Cara membuat Hot Chocolate
        1. Panaskan susu sehingga mereneh.
        2. Masukkan coklat dan masak sehingga mencair.
        3. Masukkan pes tepung jagung dan kacau sebati sehingga mula menggelegak. Perlahankan api dan masak lagi lebih kurang 2 minit, hingga memekat.
        4. Matikan api dan masukkan esen vanila. Kacau sebati.
        Recipe Notes

        Share this Recipe
        Tengok ni:  Resepi Ferrero Rocher
        Komen Dengan Facebook

        10 KOMEN

          • hmmm… kurang pasti la pulak.
            1. guna telur pada suhu bilik?
            2. tekstur doh bila dah siap macam mash potato tak?
            3. awak renjis air tak kat parchment paper antara churros sebelum bake?
            4. oven preheat 200C tak?
            5. lepas matikan oven biarkan 10 minit tak sebelum keluarkan?

        1. berebut anak-anak makan. siap melalak minta buat lagi. memang best resepi ni. cuma part telur tu buh sebiji je, pasal kedekut, hehehe. memang best buat minum petang. layan sangat…

        TINGGALKAN KOMEN

        Masukkan komen anda!
        Masukkan nama anda

        This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.