Resepi Ayam Peri Peri Nandos

    0
    9925

    Rasa ayam peri peri Nandos ni memang tiada tolok bandingnya. Peri peri ni berasal dari perkataan Swahili yang bermaksud cili/lada pedas.

    Memang tidak dinafikan kalau di outlet Nandos jika kita pilih Flaming Hot tu memang berdesup pedasnya. Set ayam peri peri Nandos ni boleh tahan tahap kemahalannya, sekali sekala okay lagi. Tapi kalau selalu memang pokai la.

    Kini, anda dah boleh buat sendiri ayam peri peri ala-ala Nandos ini di rumah!

    Resepi Ayam Peri Peri Nandos
    Cetak Resepi
      Servings Prep Time
      4 sajian 15 minit
      Cook Time
      50 minit
      Servings Prep Time
      4 sajian 15 minit
      Cook Time
      50 minit
      Resepi Ayam Peri Peri Nandos
      Cetak Resepi
        Servings Prep Time
        4 sajian 15 minit
        Cook Time
        50 minit
        Servings Prep Time
        4 sajian 15 minit
        Cook Time
        50 minit
        Ingredients
        Servings: sajian
        Instructions
        1. Ayam dikembang kupu-kupu. Ketepikan.
        2. Masukkan kesemua bahan (kecuali ayam) ke dalam blender dan proses sehingga sebati. Sos ini akan digunakan untuk memerap ayam. Ia juga boleh dimasak dengan sedikit air sehingga agak pekat dan digunakan untuk mencicah semasa menikmatai ayam nanti. Boleh juga dibuat kuantiti yang lebih besar dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaik-baiknya sos ini dibuat awal sehari sebelum digunakan untuk memerap kerana rasanya akan lebih sedap lagi.
        3. Langkah ini boleh diabaikan tetapi kalau buat akan bertambah sedap, moist dan lembut ayamnya. Masukkan 2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 1/2 cawan cuka, jus sebiji lemon, sesikit daun ketumbar dan sedikit daun pasli ke dalam bekas yang muat seekor ayam. Masukkan air sejuk. Kacau sebati. Masukkan ayam, biarkan tenggelam. Tutup dan sejukkan 1 ke 4 jam. Selepas itu keluarkan, bilaskan dengan air dan bolehlah diperap dengan bahap perapan.
        4. Lumurkan sos perapan ke seluruh permukaan ayam, juga di celahan-celahan. Tutup dan sejukkan semalaman.
        5. Preheat oven ke 170ºC
        6. Masukkan ayam ke dulang yang telah digris. Bakar selama 20 minit. Terbalikkan ayam pada minit ke 10.
        7. Setelah 20 minit, kurangkan suhu ke 120ºC. Terbalikkan ayam, sapu sedikit sos pada ayam dan bakar lagi lebih kurang 15 ke 20 minit. Sapukan sos sekali lagi pada minit ke 10.
        8. Untuk mendapatkan efek BBQ, gunakan fungsi broil pada oven dan bakar lebih kurang 5 minit untuk setiap belah. Sekiranya tiada fungsi broil, alihkan ayam ke rak paling atas, gunakan api atas sahaja, setkan suhu ke 200ºC dan bakar 5 minit untuk setiap belah. Perhatikan supaya tidak sangat hitam.
        Recipe Notes

        Sebelum memerap bolehlah lakukan proses ini untuk membuatkan ayam bertambah sedap, moist dan lembut. Masukkan 2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 1/2 cawan cuka, jus sebiji lemon, sesikit daun ketumbar dan sedikit daun pasli ke dalam bekas yang muat seekor ayam. Masukkan air sejuk. Kacau sebati. Masukkan ayam, biarkan tenggelam. Tutup dan sejukkan 1 ke 4 jam. Selepas itu keluarkan, bilaskan dengan air dan bolehlah diperap dengan bahap perapan.

        Untuk membuat sos hidangan dan mencicah dengan ayam, tambahkan 1/2 cawan air kepada lebihan sos dan renehkan sehingga agak memekat.

        Share this Recipe
        Tengok ni:  Resepi Chicken Cornish Secret Recipe
        Komen Dengan Facebook

        TINGGALKAN KOMEN

        Masukkan komen anda!
        Masukkan nama anda

        This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.