Pelbagai minuman beraneka warna ini mungkin nampak biasa sahaja. Namun bila menjelang bulan puasa, pastinya akan menjadi pilihan ramai!

Isi Kandungan

Air Buah Naga Dengan Aiskrim Vanila

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji buah naga (yang isinya merah)
  • 1 tin air Aiskrim Soda
  • Susu Pekat – 5-6 sudu
  • Ais kiub secukupnya
  • Air sejuk (dari peti ais secukupnya) – Jika jus terlalu pekat

Cara membuatnya:

  1. Kupas buah naga dan potong kiub.
  2. Masukkan kedalam blender dan kisar bersama ais aiskrim soda, susu pekat dan ais kiub hingga hancur.
  3. Tuang ke dalam gelas dan suaikan rasa. Jika jus tersebut terlalu pekat bolehlah di tambah sedikit air. Masukkan juga ais kiub ketika menghidangkannya untuk rasa yang lebih hebat.
  4. Tambah aiskrim untuk hidangan yang lebih lazat.

Air Tembikai Pudina Lemon

BAHAN-BAHAN:

  • 1 Cawan Tembikai sebaiknya yang tiada biji jika ada biji boleh buang dahulu biji
  • 1/2 cawan timun di potong dadu
  • 1/2 cawan Jus Lemon Segar
  • beberapa Helai Daun Pudina
  • Segelas Air Kosong

Cara membuatnya:

  1. Kisarkan Semua Bahan Tadi sampai sebati.
  2. Untuk hiasan boleh letakkan hirisan lemon dan daun pudina juga.

Air Jagung Spesel

BAHAN-BAHAN:

  • Kordial Jagung Red Man secukupnya
  • Air
  • Gula secukup rasa
  • 1/2 tin Jagung manis dalam tin
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar Susu pekat manis
  • aiskrim vanila (ikut suka nak letak atau tak)

Cara membuatnya:

  1. Masak air bersama gula. masak air dalam 1 kole bersama 6 sudu besar gula.
  2. Masak hingga air didih dan gula melarut.
  3. Masukkan Kordial jagung Red Man atau apa-apa brand yang terdapat di pasaran. Yang ni agak-agaklah ikut kepekatan dan aromanya.
  4. Masak lagi hingga mendidih.>
  5. Masukkan susu cair dan jagung dalam tin.
  6. Tutup api dan masukkan susu pekat manis. Rasa ikut kesesuaian citarasa.
  7. Biarkan sejuk.
  8. Hidangkan bersama ketulan ais & aiskrim vanila.
Tengok ni:  Resepi Kek Mikro Herba Epal Rosemary

Air Laici Susu

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair atau susu sejat
  • air gula secukupnya
  • 1 liter air sejuk
  • ais batu secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Satukan semua bahan dalam jug
  2. Jika suka boleh letakkan sedikit biji selasih
  3. Hidangkan dingin

Air Laici Soda Masam Manis

BAHAN-BAHAN:

  • 1 Tin Laici
  • 1 batang Serai diketuk
  • beberapa biji Asam Boy
  • 1 Botol Aiskrim Soda
  • 2 biji Lemon dihiris

Cara membuatnya:

  1. Satukan kesemua bahan.
  2. Masukkan ais batu.

Air Milky Rambutan

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin buah rambutan dalam tin
  • 1 tin susu cair atau susu segar
  • gula secukup rasa jadikan air gula
  • ketulan ais
  • Air jika perlu
  • Biji selasih yang di rendam

Cara membuatnya:

  1. Masukkan buah rambutan dan airnya serta susu ke dalam jug.
  2. Masukkan air gula dan rasakan secukup rasa.
  3. Tambah air jika perlu.
  4. Letakkan ketulan ais dan biji selasih.
  5. Sedia dihidangkan dingin.

Air Jus Avocado Coklat

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 biji avocado – ambil isinya
  • 1 cawan dlm 250ml susu segar – boleh guna mana-mana susu segar yang anda gemari
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula
  • coklat cair

Cara membuatnya:

  1. Ambil isi avocado dan blender bersama susu segar, susu pekat dan gula.
  2. Boleh tambahkan lebih air megikut cita rasa kepekatan anda.
  3. Dalam gelas, letakkan coklat cair di dinding gelas kemudian baru tuangkan jus tadi.
  4. Tambahkan ais ketul dalam minuman.

Air Kedondong Asam Boi

BAHAN-BAHAN:

  • 12 biji buah kedondong
  • 10 biji asam boi jenis putih
  • 4 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 3 liter air mineral (atau air masak), kurang lebih
  • Gula secukup rasa
  • Ais kiub secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut.
  2. Sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.
  3. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
  4. Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.
  5. Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.
  6. Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.
  7. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.
  8. Kacau dan biarkan sekejap.
  9. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.
  10. Sedap diminum sejuk
Tengok ni:  Resepi Karamel Dulce De Leche

Air Smoothie Honeydew Mint

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan honeydew
  • 1 biji limau nipis
  • Beberapa helai daun pudina
  • 1 gelas air kelapa
  • Beberapa ketul ais untuk beri kesan segar pada minuman

Cara membuatnya:

  1. Campurkan honeydew, air kelapa, daun pudina dan ais.
  2. Perahkan limau nipis.
  3. Kisar sehingga sebati.
  4. Boleh terus nikmati.

Air Mata Kucing

BAHAN-BAHAN:

  • Buah mata kucing kering secukupnya
  • 1 buku gula Melaka
  • 2 buku gula batu
  • Gula mengikut kemanisan
  • air secukupnya
  • Daun pandan di simpul

Cara membuatnya:

  1. Cuci buah mata kucing hingga bersih.
  2. Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan dan rebus hingga kembang dengan api sederhana.
  3. Masukkan pula gula Melaka dan gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat.
  4. Perasakan dengan gula
  5. Siap dihidangkan panas atau sejuk.

Air Mocha Ice Blended

BAHAN-BAHAN:

  • 2 skop ais krim perisa coklat
  • 1 sudu besar Nescafe
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar Milo
  • Sedikit air masak
  • Air gula secukupnya (jika perlu)
  • Ais kiub secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar.
  2. Kisar hingga hancur.
  3. Boleh juga letakkan topping krim putar.
  4. Siap untuk dihidang.

Air Mangga Susu

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji mangga
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu makan penuh gula perang/brown sugar
  • Beberapa ketul ais

Cara membuatnya:

  1. Kopek kulit mangga dan potong dadu isinya.
  2. Masukkan kiub mangga dalam gelas.
  3. Tuangkan susu cair dan masukkan gula perang.
  4. Biarkan seketika hingga gula perang cair.
  5. Bila nak diminum, tuangkan beberapa ketul ais didalammya dan kacau.

Air Bandung Float

BAHAN-BAHAN:

  • 1 liter air masak
  • 1 tin susu manis
  • 1 tin ais krim soda
  • 4 sudu sirap
  • ais krim vanilla
  • ais secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Bancuh air dengan susu sampai sebati.
  2. Tuang aiskrim soda perlahan-lahan sambil kacau laju sehingga tak berbutir.
  3. Letak ais dalam gelas berisi ais.
  4. Tuang susu tadi sampai penuh.
  5. Letak 1 sudu sirap di atas susu dan kacau sedikit.
  6. Letak 1 skop ais krim.
Tengok ni:  Resepi 5 Minit Kek Karamel Cintaku

Air Blue Butterfly

BAHAN-BAHAN:

  • Segenggam bunga telang
  • 2 cawan air suam
  • 3 cawan air sejuk
  • Gula batu secukupnya
  • 1 daun pandan
  • 2 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
  • Ais (jika mahu)

Cara membuatnya:

  1. Basuh bersih bunga. Rendam dlm air suam 30 minit.
  2. Masukkan ke dalam periuk. Tambah 3 cawan air sejuk.
  3. Masukkan gula batu dan daun pandan. Biar mendidih sampai air tinggal lebih kurang 3 cawan.
  4. Tutup api dan tutup periuk. Biar sejuk.
  5. Letak air bunga telang dalam gelas berisi ais, tuang jus limau.

Air Kathira Johor

BAHAN-BAHAN:

  • 410 gm susu cair
  • 500 ml ais krim soda
  • Getah anggur (katira)
  • Sagu 3 warna
  • cendol
  • cincau
  • potong Gajus, Badam atau kacang tanah goreng
  • buang kulit sedikit asam boi
  • hirisan kurma cina
  • buah semangkuk
  • Barli, buah kundur atau buah kabung
  • kismis
  • biji selasih
  • Bahan sirap hijau (sedikit pewarna hijau daun pandan)
  • Gula batu atau gula pasir (ikut suka manisnya)

Cara membuatnya:

  1. Untuk sirap hijau: Jerang air dan gula batu atau gula pasir, masukkan warna hijau dan daun pandan.
  2. Bancuhkan sirap hijau dan susu cair.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ais krim soda.
Komen Dengan Facebook

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.