Sudah tentu kita sedia maklum dengan khasiat buah kurma, tetapi biji kurma? Kita selalu buang bijinya, jangan! Bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat. Bagaimana hendak memakan biji kurma ini untuk mendapatkan khasiatnya?

Kopi biji kurma jawapannya.

Cara untuk memprosesnya:

  1. Basuh biji kurma tersebut dan toskan.
  2. Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.
  3. Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.
  4. Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.

Antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma:

  • Memberi tenaga segera
  • Memulihkan tenaga syahwat
  • Menyembuhkan kencing manis
  • Memberi tenaga kepada lelaki dan wanita
  • Menghilangkan letih dan lesu
  • Menghangatkan badan
  • Mengendurkan saraf yang tegang
  • Membantu menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin
  • Membantu menyembuhkan sakit perut
  • Menyegarkan badan/tidak mengantuk
  • Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt
  • Menyembuhkan sakit kepala/ migrain
  • Melancarkan peredaran darah

Berikut adalah komposisi kimia dan nutrisi dalam biji kurma:

  • Kelembaban 7.17 – 9 %
  • Protein 1.82 – 5.2 %
  • Lemak 6.8 – 9.32 %
  • Karbohdrat 65.5%
  • Serat 6.4 – 13.6 %
  • Abu, Sterol & Estrone 0.89 -1.57 %
  • Polisakarida Larut Alkali 0.89 – 1.57 %
  • Minyak Kuning-hijau 6 – 8%
  • Kandungan Asid Lemak Minyak Kuning-hijau
    Lauric, 8%; myrictic, 4%; palmitic, 25%;
    Stearic, 10%;oleic, 45%;
    Linoleic, 10%; juga terdapat kandungan asid kaprilik & kaprik.
    Asid Oksalat Julat sehingga 56%


Selain itu kopi biji kurma ini bukan sahaja untuk diminum, serbuk biji kurma ini boleh dijadikan scrub untuk melembutkan kulit. Campurkan serbuk kopi biji kurma ini dengan madu sebelum sapukan.

Tengok ni:  Resepi Ayam Masak Kurma

Jika mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma ini campurkan dengan minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah hasil yang menakjubkan akan anda perolehi.

Kredit: http://munirahsyedabubakar.com

Komen Dengan Facebook

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.